Majlis Penyampaian Sumbangan Dan Iftar HASiL Program Mahabbah Ramadan LHDN
TEKS UCAPAN
YANG BERHORMAT
SENATOR DATUK SERI AMIR HAMZAH AZIZAN
MENTERI KEWANGAN II
SEMPENA
MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN DAN IFTAR HASiL
PROGRAM MAHABBAH RAMADAN 2024
LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA
DEWAN SERBAGUNA
MASJID RAJA HAJI FI SABILILLAH, CYBERJAYA
27 MAC 2024
Terima kasih saudara Pengacara Majlis.
Assalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh
Salam Sejahtera, Salam Malaysia MADANI
Yang Berbahagia Datuk Dr. Abu Tariq Jamaluddin
Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
Yang Berbahagia Datuk Johan Mahmood Merican
Ketua Setiausaha Perbendaharaan merangkap
Pengerusi Anggota Lembaga LHDNM
Guru-guru Pengiring, Ketua Keluarga serta Anak-anak yang diraikan dari:
- Pertubuhan Rumah Anak Yatim dan Asnaf Kampung Sijangkang;
- Persatuan Sokongan Ibu dan Anak Kurang Upaya
- Azwar Kuala Lumpur dan Selangor;
- Pusat Pendidikan dan Kebajikan Al-Firdaus;
- Pertubuhan Kasih Berjiwa; dan
- Pertubuhan Kebajikan Rumah Anak Yatim Cahaya Mahkota
Rakan-rakan Media, serta warga HASiL yang dihormati sekalian.
- Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi / kerana dengan limpah rahmat dan izin-Nya jua / dapat kita bersama-sama berkumpul di / Majlis Penyampaian Sumbangan dan Iftar Hasil 2024 / anjuran Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL).
- Terima kasih kepada Pengurusan Tertinggi HASiL / dan seluruh Team Hasil atas undangan untuk bersama-sama / meraikan tetamu-tetamu istimewa malam ini / iaitu anak-anak yatim dan asnaf dari sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.
- Bulan Ramadan ialah bulan yang mulia dan penuh dengan keberkatan. Majlis ini memberi kita peluang / untuk mendekati komuniti di sekeliling kita / dengan cara yang lebih bermakna.
- Sangat penting untuk kita melihat setiap lapisan dan golongan dalam sesebuah masyarakat itu / secara menyeluruh. Kerajaan MADANI mengambil pendekatan mengimbangi peningkatan pendapatan negara / dengan peningkatan kesejahteraan rakyat.
- Keseimbangan ini dapat dicapai melalui perancangan dasar serta / polisi kewangan yang jelas dan mampan seperti yang dihasratkan dalam kerangka Ekonomi MADANI.
- Keseimbangan ini dapat dicapai melalui perancangan dasar serta / polisi kewangan yang jelas dan mampan seperti yang dihasratkan dalam kerangka Ekonomi MADANI.
- Dalam kerangka ekonomi yang mampan, tiada golongan yang tercicir. Kerajaan memberi bantuan dan sokongan / secara holistik atau menyeluruh / kepada golongan masyarakat yang memerlukan.
- Pendapatan negara seperti hasil cukai yang dikutip melalui LHDN, akan dibelanjakan semula oleh Kerajaan / dalam pelbagai bentuk manfaat, kemudahan dan bantuan kepada golongan yang memerlukan / demi menjamin kesejahteraan seluruh rakyat negara ini.
- Program bantuan seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Bantuan Awal Persekolahan (BAP), Sumbangan Asas Rahmah (SARA) / akan diteruskan bagi memastikan golongan rentan terus terbela / dari hasil cukai yang dikumpulkan.
- Bagi tahun 2024 ini, Kerajaan telah memperuntukkan RM10 bilion untuk 9 juta penerima STR manakala bagi SARA pula menyalurkan RM700 juta kepada 700,000 penerima.
- Peningkatan pendapatan negara melalui reformasi percukaian, penyasaran semula subsidi dan peningkatan pelaburan, dapat mencapai matlamat pengembangan sumber hasil negara / dan memperkasa penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
- Namun begitu, Kerajaan sentiasa berhati-hati / dalam setiap keputusan berkaitan cadangan pembaharuan sistem percukaian negara / supaya kesan pelaksanaannya tidak membebankan rakyat. Kerajaan sentiasa berusaha mengimbangi / kesan pelaksanaan / dengan menyediakan jaringan sosial untuk rakyat.
Para hadirin yang saya hormati sekalian,
- Kerangka Ekonomi MADANI turut menekankan aspek tata kelola yang baik / kerana melaluinya / Kerajaan dapat meningkatkan / penyampaian perkhidmatan kepada rakyat. Maka izinkan saya mengambil peluang ini, untuk menyeru Warga HASiL / melaksanakan tugas / dengan cekap, profesional, dengan amanah dan integriti yang tinggi / agar kesannya dirasai / di peringkat organisasi / dan seluruh rakyat Malaysia.
- Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih / kepada Pengurusan Tertinggi HASiL / serta ahli jawatankuasa program yang berusaha menjayakan majlis ini.
- Semoga usaha kita terus mendapat rahmat Allah SWT. Wabillahhitaufik, Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Sekian terima kasih.