Pandemik COVID-19 menyaksikan negara dilanda musibah yang tidak pernah dihadapi sebelum ini. Yang paling terkesan tentulah rakyat, terutamanya golongan B40 dan mudah terjejas.
Oleh itu, Kerajaan telah memperkenalkan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), iaitu sebuah inisiatif bantuan tunai buat rakyat demi memastikan kelangsungan hidup rakyat. Diperkenalkan di bawah #Belanjawan2021, BPR juga telah ditambah baik di bawah PEMERKASA+ dengan peruntukan keseluruhan RM9.6 bilion bagi tahun 2021.
Kini rayuan BPR telah dibuka dari 15–30 Jun 2021 bagi memastikan mereka yang layak mendapat manfaat dari inisiatif ini. Untuk mereka yang masih belum memohon, permohonan masih dibuka sehingga esok (30 Jun 2021) melalui bpr.hasil.gov.my.
Ikuti video ringkas ini untuk ketahui lebih lanjut mengenai cara membuat rayuan BPR.