Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Video

Dari Wanita Untuk Wanita: Dua Kisah Perjalanan Seni

Minggu lepas, di G13 Gallery, YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz telah bertemu dengan dua wanita hebat dari arena seni halus, iaitu YBhg. Dato’ Sharifah Fatimah Syed Zubir dan saudari Raimi Sani untuk mendapatkan input yang lebih mendalam mengenai keperluan penggiat seni wanita di tanah air kita.

Kedua-dua mereka ini dari zaman yang berlainan, dan beliau telah berpeluang mendengar sendiri pandangan dan perspektif mereka yang berbeza sebagai penggiat seni wanita. Dalam mendepani COVID-19, tentunya cabaran yang dihadapi amat hebat, namun mereka terus tekad untuk meruskan karier mereka sebagai anak seni.

MOF peka dengan situasi yang dihadapi penggiat seni Malaysia, dan oleh sebab itu, PENJANA dan Belanjawan 2021 memperuntukkan sejumlah RM240 juta dalam pelbagai bentuk bantuan seperti geran, skim pembiayaan dan pelaksanaan program kesenian dan kebudayaan, yang bakal memanfaatkan lebih 5,000 penggiat seni dan petugas belakang tabir.

Bagi memperkasa golongan wanita pula, #Belanjawan2021 memperuntukkan RM50 juta dalam bentuk pembiyaan Islam melalui Ar-Rahnu BiznNita, RM21 juta untuk Pusat Sokongan Sosial Setempat bagi menangani isu keganasan rumah tangga, dan Program Pembangunan Perniagaan Usahawan Mikro (BizMe) untuk 2,000 usahawan wanita.

Arkib Video

Logo Accessibility