Encik Zulkifli merupakan veteran Tentera Darat Malaysia. Beliau telah menghadiri karnival temuduga tertutup anjuran Jabatan Hal Ehwal Veteran dan Pertubuhan Kebajikan Bekas Jurulatih & Pelatih PLKN Malaysia bersama PERKESO melalui MYFutureJobs. Pada 14 Februari 2022, Encik Zulkifli telah mendapat pekerjaan sebagai Chief Security Officer di Berjaya Times Square.