Jelajah #Bajet2022 – Johor Darul Takzim

Semasa Jelajah #Bajet2022 di Johor, YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah ke beberapa kawasan di Kulai bagi melihat sendiri potensi sektor pembangunan di daerah tersebut.

Siapa sangka di Kulai, Johor terdapat hab data centre dan digital, pusat penetasan dan ternakan ikan berimpak tinggi, dan pusat pemprosesan dan pengedaran produk tani besar-besaran, dan semuanya di dalam satu daerah.

Beliau juga berpeluang untuk melihat sendiri produk-produk mereka yang sangat berpotensi, bukan sahaja untuk mempromosi ekonomi tempatan, tetapi juga meningkatkan daya tarikan daerah Kulai terhadap pelabur luar.

Ikuti video sorotan lawatan ini untuk ketahui lebih lanjut mengenai lawatan tersebut. Orang Kulai wajib like dan share ye!