Ayuh Keluarga Malaysia, kita bulatkan tekad dan bersatu hati untuk terus memelihara serta mempertahankan kedaulatan negara.
Sebagai Keluarga Malaysia yang besar, kita harus bertoleransi dalam semua perkara, hormat-menghormati serta mengekalkan perpaduan rakyat yang berbilang kaum, agama dan bangsa serta integrasi nasional silang budaya, adalah tunjang kekuatan kita sebagai sebuah negara bangsa yang berjaya.
Umpama selembar benang, dikait, ditenun dan dijalin akhirnya menjadi kain yang sempurna indahnya.