Pada 2 Jun 2021, YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah membuka ruang untuk Rakyat bertanya mengenai Pakej Bantuan PEMERKASA+ dan pada 5 Jun 2021 beliau telah menjawab pertanyaan-pertanyaan yang dikemukakan.
Semoga jawapan-jawapan ini dapat menjelaskan mengenai langkah-langkah Kerajaan dalam mengimbangi beberapa objektif sekaligus: melindungi Rakyat dan mata pencarian mereka, menyokong perniagaan dan memastikan ekonomi terus di landasan pemulihan yang tepat.
Bagi yang ingin tahu apakah bantuan yang layak mereka pohon, sila layari: belanjawan2021.treasury.gov.my/manfaat/