Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Video

Sesi #TinjauMOF ke Sabak Bernam Dan Sekinchan, Selangor

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah turun padang untuk sesi #TinjauMOF ke Sabak Bernam dan Sekinchan, Selangor pada 7 Februari 2021. Lawatan ini adalah untuk mendapatkan input dan cadangan mengenai inisiatif-inisiatif Kerajaan yang telah dan sedang dilaksanakan di bawah pakej-pakej rangsangan ekonomi dan #Belanjawan2021.

Antara lokasi lawatan beliau adalah kawasan pertanian, penternakan, perikanan, kilang IKS, bengkel motor inovasi, dan kilang benih padi. Beliau berjumpa dengan pengusaha-pengusaha, penternak, nelayan, pekebun dan pesawah untuk mendengar sendiri cerita mereka dan juga menerangkan inisiatif-inisiatif Kerajaan yang boleh mereka manfaatkan untuk meluaskan perniagaan.

Aktiviti turun padang bersama #TeamMOF akan diteruskan di kawasan-kawasan lain bagi menambah baik usaha Kerajaan dalam memastikan kesejahteraan Rakyat, perniagaan, dan ekonomi Negara.

Arkib Video

Logo Accessibility