YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan telah melancarkan Buku Arahan Perbendaharaan (Pindaan 2023) semasa Majlis Pembukaan Jelajah Pekeliling Perbendaharaan 2023 Zon Tengah pada 20 Mac 2023.
Program yang berlangsung selama dua hari ini disertai pegawai-pegawai kewangan dan perakaunan dari Kementerian/Jabatan Persekutuan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan Perak serta menjadi satu platform kepada pemilik AP berinteraksi dengan kumpulan sasar ini.
Siri jelajah ini diadakan di enam (6) zon iaitu Zon Utara, Zon Selatan, Zon Tengah, Sabah, Zon Timur dan Sarawak.
Semakan Arahan Perbendaharaan (Pindaan 2023) dibuat selaras dengan perkembangan masa kini dan salah satu aspek yang diambil kira adalah pendigitalan sektor awam, bahkan MOF turut menjadi pusat sehenti dan rujukan di peringkat Kerajaan Persekutuan dan Negeri.