Dalam menyambut Hari Wanita Sedunia 2021, Kementerian Kewangan juga memainkan peranan penting dalam usaha mencapai kesetarafan jantina dalam pelbagai aspek, dan di semua peringkat. Ini adalah salah satu bukti bahawa kaum lelaki dan wanita di sektor awam boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah. Sebagai contoh, 2 daripada 3 Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan hari ini di jawat oleh wanita-wanita hebat, iaitu Puan Zakiah Jaafar dan Puan Anis Rizana Mohd Zainudin.
Kesetarafan ini juga dapat dilihat sektor swasta, di mana ramai wanita telah membuktikan kebolehan mereka mengemudi dan menyokong sesebuah institusi. Terima kasih, wanita-wanita di Malaysia yang ramai juga menggalas tugas sebagai isteri, ibu dan anak kepada keluarga mereka, dengan gigih dan semangat yang kuat. Selamat Hari Wanita Sedunia kepada anda semua yang amat istimewa di dalam masyarakat Malaysia.
#ChoosetoChallenge