Malaysia buat pertama kali menyelaras belanjawannya sejajar dengan 17 Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) bagi membolehkan rakyat negara ini melangkah ke masa depan yang lebih makmur , lestari inklusif.
Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob
YAB Perdana Menteri
"Kerajaan dengan kerjasama strategik PBB di Malaysia akan menubuhkan Dana Amanah Malaysia-SDG atau MySDG Trust Fund dengan peruntukan permulaan berjumlah 20 juta ringgit. Dana ini akan menyediakan platform menyelaras pembiayaan dari sumber awam dan swasta dengan lebih sistematik. Dengan itu, pelbagai pihak dapat sama-sama menyumbang serta terlibat dalam melengkapkan dan menentukan SDG tercapai menjelang 2030."
YB Senator Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz
Menteri Kewangan
– Petikan ucapan pembentangan Belanjawan 2021.

