Mendukung Kedaulatan Undang-Undang dalam melaksanakan Polisi Kewangan Negara.
Memastikan nasihat undang-undang dan khidmat perundangan yang diberikan adalah selaras dengan Dasar Kewangan Negara yang bertunjangkan Perlembagaan dan Undang-Undang Negara serta prinsip undang-undang.
Memberi nasihat perundangan kepada Kementerian Kewangan, Jabatan-Jabatan dan Agensi-Agensi di bawah Kementerian Kewangan selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara dengan mengambil kira dasar Kerajaan dan kepentingan awam.