Adalah menjadi tanggungjawab Perbendaharaan Malaysia untuk menyokong dan melaksanakan Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DKKP) bagi menjamin kualiti, keselamatan dan kesihatan warga Perbendaharaan Malaysia di Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia, Putrajaya secara khususnya.
Pengurusan dan warga Perbendaharaan Malaysia perlu bersama-sama berganding bahu dalam meneruskan usaha mencegah sebarang potensi ketidakpatuhan perkhidmatan bagi mengelakkan kemungkinan berlaku kemalangan di tempat kerja.
Bagi memastikan DKKP sistem Pengurusan Keselamatan dan Keshatan Pekerjaan diwujudkan, dilaksanakan dan diselenggara dengan cemerlang, Perbendaharaan Malaysia komited untuk:
- Menyediakan dan menyelenggara lokasi fizikal serta sistem kerja yang kondusif dan selamat daripada sebarang risiko;
- Memastikan bahawa semua warga Perbendaharaan Malaysia sentiasa jelas dengan apa jua pemakluman dan arahan serta tindakan untuk tujuan pencegahan daripada sebarang risiko kemalangan dan ancaman bahaya di tempat kerja;
- Menyiasat dan melaporkan semua ketidakpatuhan kepada tatacara atau
prosedur serta peraturan yang ditetapkan sehingga mengakibatkan insiden seperti penyakit, keracunan dan kejadian berbahaya yang menjejaskan keselamatan dan kesihatan serta mengancam nyawa warga Perbendaharaan Malaysia dan mengambil langkah proaktif bagi mem astikan insiden seumpamanya tidak berulang lagi;
- Mengenalpasti dan mematuhi kehendak-kehendak pelanggan, perundangan dan keperluan lain seperti yang ditetapkan di bawah peraturan-peraturan dan tataamalan industri yang diluluskan (Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994); dan
- Menyebarluas informasi mengenai Akta-akta, Dasar, Objektif, Prosedur Kerja, Peraturan dan Garis Panduan berkenaan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan serta maklumat yang berkaitan kepada warga Perbendaharaan Malaysia.