Pada tahun 2025 merupakan giliran Malaysia untuk mempengerusikan AFMGM dan sebagai sebahagian daripada komitmen Malaysia untuk mesyuarat ini, satu pameran khusus bertemakan Malaysia Open House Exhibition @ ASEAN 2025 akan diadakan. Pameran ini akan disertai oleh beberapa Jabatan dan Agensi Kerajaan Persekutuan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), serta institusi kewangan terkemuka di Malaysia. Pameran ini akan menampilkan tiga zon utama yang dirancang untuk mempamerkan keunikan dan keistimewaan Malaysia dalam pelbagai aspek.